LilgalSalsabila

SEBAIK PERKARA YANG SEDERHANA

Thursday, April 22, 2010

17 April 1987

Sudah seminggu berlalu.Genap 23 tahun nafas ini dipinjamkan di dunia pinjaman Allah yang Agung. Betapa dalam usia yang sesingkat ini, entah bagaimana nilai amalanku. Bagaimana hasilnya jika ditolak tambah didarab dibahagi dengan dosa yang tak pernah lekang. Moga dalam hari- hari yang mendatang, kita semua diberi peluang untuk terus muhasabah. Moga kami digolongkan dalam golongan hamba yang selalu mensyukuri nikmatMu.

Perkongsian saya kali ini khas untuk berkongsi rasa tatkala usia sudah mencapai ulang tahunnya. Bersederhana, insyaAllah itu yang cuba saya lakukan. Jika dahulu, sejak kecil, hari lahir saya pasti disambut. tak kira macam manapun, sekurang-kuranya sebiji kek. Dulu, ma dan abah sanggup naik motor ke bandar semata- mata beli kek. Ataupun, ada abang yang akan belikan..(paksarela...). Kalau takpun, cikgu tolong raikan dengan kawan2 sekelas. Yang paling takleh lupa, kenangan masak kek hari jadi sendiri pada usia 18 tahun. Ingat lagi, kek coklat masa tuh.Hee..itulah kek yang pertama dan terakhir yang jadi..pastu dah pencen.Taktau la bila nak mula lagi..Life kat U, mula la dah pandai celebrate bersama kawan2 sendiri. Alhamdulillah, sedikit sebanyak kenangan itu masih ada dalam memori database.

Sehinggalah ulang tahun yang terbaru ni, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Terlalu banyak dosa saya, sedangkan terlalu sedikit saya bersyur..nauzubillah. Post kali , ni, saya share gambar hadiah bagi umur 23 tahun. tak bermakna saya saya hanya hargai sahabat2 yang bagi present je, bahkan saya amat menghargai atas doa2 dan ucapan2 kalian tak kiralah dalam diam atau nyata. Sekadar perkongsian, sedikit petikan kata2 ustaz syukri menerusi ceramah INDAHNYA PERSAHABATAN ( hadiah dari aini pada suatu masa dulu...tq), apabila seorang sahabat mendoakan sahabatnya yang lain sama ada diketahui atau tanpa diketahui sahabatnya itu, maka malaikat akan turut mendoakan ke atasnya seperti yang didoakan..Ameen.

Sahabat2 RKI : Mya, Ita, Mira, KAk Ema
Dan istimewa..Kak Su dan abe Se
Mashih...




Sahabatku : MYa Narra
Mashih myot...



Kotak yang Berat...
Kusangka tembikai..rupanya batubata yang bersalut kertas..
Papepun, cantik kotaknya....



Mashih ...
Kek yang sedap..





Special thanks to adik2 RKI :Ita & Humairak
Kesian, korang bersengkang mata wat bintang untuk akak..sob3..
Nanti kalo akak kaya nanti, akak bawak gi angkasa plak k.



Haa...lagi satu surprise
Mashih..sahabat2 Usrah
Thanks to the krew: Mya, Kak Lin, Khairiah and others
Uhibbukifillah..
Nway, hepi besday to Kak Banat too..we share @ we care




Papepun, terima kasih banyak2 buat ma dan abah sebab dah besarkan saya sampai macam sekarang ni. walaupun berat dah makin susut je, Alhamdulillah masih bertahan pada tahap kesihatan yang sederhana dan itu mudah2an masih tak melalaikan diri daripada mengingati Sang Pencipta..

Ingatlah juga bahawa pada tarikh ini juga Dr Abdul Aziz Ar- Rantisi, salah seorang pemimpin Hamas telah dibunuh. Mudah2an dalam kekalutan kita mengharungi kesibukan dunia kini, masih berbaki sisa perjuangan untuk berbakti kepada agama Allah. Sekali kita berbuat kebajikan kepada agamaNya, nescaya akan Allah gandakan balasanNya dalam kadar yang tidak disangka2..

Hananwirda
12.46 am
Taman Sri Pulai

Tuesday, April 20, 2010

Electrical Red – Islamic Wallpaper

Sunday, April 11, 2010

Di mana bumi di pijak, Di situ syariat dijunjung

Mengulang sebut frasa di atas seakan menggetarkan jiwa yang lemah ini.sejauh manakah syariay kita junjung selama ini? adakah kita umpama "melukut di tepi gantang?ada atau tiada sama saja,tidak memberi kesan mahupun manfaat pada sesiapa.nauzubillah..

Seketika pandangan saya begitu terpegun tatkala berkunjung ke beberapa buah sekolah agama sekitar johor dalam bulan mac yang lalu. Alhamdulillah, mereka sungguh bertuah kerana sejak remaja dah ada peluang jejakkan kaki ke dunia madrasah yang penuh islami. terpampang di papan2 kenyataan, banyak artikel yang mampu menjadi peringatan dan ruang muhasabah buat diri sendiri.Sedikit frasa ayat yang terkandung dalam Majalah Solusi ISU NO 17,

"Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. koreksi satu persatu kesalahan kita. setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri sendiri."

Begitulah bahawasanya diri kita sendiri pun kita kena dikasihankan.apatah lagi terhadap sesama saudara seagama kita, di mana suatu hari nanti di Yaumul Mahsyar, sekurang2nya timbangan kita memberat ke kanan didokong oleh sifat ehsannya kita sesama sendiri. InsyaAllah..

Teringat saya pada seorang sahabat yang pernah saya kenali kurang lebih 3 tahun dahulu. Seakan kurang percaya kami akan jadi sahabat sehingga kini. namun, lantaran kegawatan, kekalutan masa yang menghambat, kami semakin jarang berhubung. sesekali bertanya khabar, seakan seribu perkara mahu diluahkan.tp seperti biasa, kami akan kehilangan kata dek terharu diberi peluang untuk berbual wpun seketika.

Kini, sahabat saya menderita. sebolehnya, saya takmahu menyebut dengan kata derita, kerana itu hakikatnya ujian dari Allah. Luluh hati bila mendengarkan luahan hatinya,yang bukan mengeluh sebenarnya.tp masih bersemangat tatkala menghidapi sakit yang tidak tahu puncanya, yang masih tidak kenal penawarnya. menyalahkan manusia semata2 atas perkara yang berlaku bukanlah penyelesaian. lantas, doa yang kudus, harapan yang telus, saya panjatkan kepada Allah, Sang Pencipta yang Maha Pengasih,moga2 imannya diperteguh, amalnya ditingkatkan, sabarnya menebal. Diturunkan ujian itu berbeza2 atas kemampuannya. Dan apa yang pasti, Allah itu tidak zalim malah Maha Adil pada hambaNya kerana Dialah yang Mengetahui segalanya..Barokallahufik ya ukhti.

Kehidupan ini penuh dengan duri syahwat, duri maksiat, duri angan2 kosong, duri keraguan dan duri kejahilan. andai tak siapkan diri untuk melangkah penuh waspada, duri2 itu akan menembusi langkah kita. bersiap dengan kewaspadaan itulah ibaratnya taqwa.Riwayat yang sahih mengisahkan bahawa Umar al Khattab r.a. pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa. Ubai menjawab dengan analogi yang sungguh berkesan.

"Bukankah anda pernah melalui jalan yang berduri?". tanya Ubai kembali.
"Ya". Jawab Umar.
"Apa yang anda lakukan saat itu?"tanya Ubai lagi.
"Saya bersiap untuk berjalan hati2."
"Itulah taqwa." Simpul Ubai.

Jadi, marilah kita sama2 menghayati sifat taqwa dalam diri, moga kelemahan kita dapat ditampung oleh amal dan iman yang semakin efektif. InsyaAllah..

** Selami Gaya Hidup Sihat, Amalan dan Perawatan Pusat Komplimentari Insaniah

www.kuskom.net