LilgalSalsabila

SEBAIK PERKARA YANG SEDERHANA

Thursday, March 25, 2010

kembaraku..

Jejak silam..
Mengimbau sekitar masa kecil dahulu, seakan kurang percaya bahawa saya kini sudh di umur awal 20-an. masa berlalu tanpa disedari dan saya kini sudah berada diperingkat yang tak pernah difikirkan suatu masa dulu.

dulu..
ingatkan bila dah umur awal 23 ni, dah besar sangat, dah betul- betul seorang dewasa yang hebat.dah boleh punya aset yang blabla....tp tatkala usia sendiri menjangkau umur 23 (lagi sebulan), tak terasa pula diri ini sudah benar- benar dewasa. tak rasa yang diri sudah cukup matang, sudah mencapai tahap yang sepatutnya n etc.sekilas teringat kata- kata kakak ipar no 4. (kak ni), ye la, awak tu anak bongsu. orang len anak sulung, anak tengah. banyak tanggungjawab kena pk. pada keluarga, pada adik-adik, pada diri sendiri lagi. hurm..mungkin boleh dari satu sudut benarnya..secara teorinya, mungkin boleh diterima akal.

Secara praktikalnya, tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah ni sebenarnya perlu dijustifikasi secara telus oleh semua orang. saya juga punya tanggungjawab berat dari sudut perspektif yang berbeza.

Seusai pengajian di peringkat ijazah pertama dulu, saya sebenarnya masih belum yakin adakah diri mampu untuk berada di peringkat pengajian yang seterusnya seperti sekarang. merasakan diri belum cukup ilmunya, saya kuatkan semangat. kembara ilmu ini perlu diteruskan. kalu bukan saya, siapa lagi. kalu bukan sekarang, bila lagi. antara mampu dan tidak mampu, suatu yang subjektif.

YA Rabb Yang Maha Agung..kiranya layak bagiku mendamba ilmuMu, kurniakanlah kemudahan bagiku, kelapangan dadaku, petunjuk dan bimbingan dalam setiap tindakanku...Ameen

Bekerja dan belajar pada masa yang sama menuntut satu pengorbanan dan keseimbangan penilaian bagi akal dan emosi. tatkalan rimbunan kerja mengumpul pada satu- satu masa, subhanallah hati diuji dengan bisikan- bisikan yang melemahkan semangat, melonglaikan urat- urat saraf.

tapi, tanggungjawab untuk mencari ilmu itu lebih besar tuntutannya, apatah lagi dengan ilmu itu mudah2an kita dapat mencari rezeki yang berkat dan kehidupan yang dipandu dengan rahmat dan kasih sayang Allah..saya mengaku, kadang2 sebagai hamba saya tewas dengan dugaan seperti ini. namun, mudah2an Allah bagi kekuatan bagi kita semua. kerana itulah orang mukmin itu sangat bertuah. ada Allah sebagai Rabbul Izzati, ada Rasul sebagai ikutan, ada kitab yang membimbing, ada saudara seagama yang berpesan2 pada kebenaran.

Jika suatu masa dahulu, kembara ilmu mengisi perjalanan para ulama',para saintis islam terawal, mengapa tidak kita sambung perjuangan ni. Bak kata abang saya no 4 (abe se), kalau nak master semata2, nanti akan dapat jugak master tuh. tp kalau nak ilmu itu yang sebenarnya, nescaya kita kan dapat ilmu (roh) dan master(jasad) nya sekali.

Kembara ilmuku ...
hananwirda

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home