LilgalSalsabila

SEBAIK PERKARA YANG SEDERHANA

Wednesday, May 5, 2010

IHSAN ITU LUAS

Jam sudah menunjukkan hampir ke jam 7 malam. Berhenti seketika untuk melepaskan lelah seusai menjengah kerja2 saya yang seakan tiada penghujung.Rindunya untuk coret sedikit cebisan di ruangan ni.kalau bukan untuk tatapan peribadi pun, sekurang2nya ada isi yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain..insyaAllah.

Teringat suatu scene yang nampak macam simple, tapi mampu membuatkan otak saya bergiat aktif berfikir. Hani, anak saudara saya berumur 3 tahun bersama kucing setinggan yang singgah2 di depan klinik kami. Entah kenapa sebelum ni, kalau hani nampak je kucing mesti kucing tu akan dapat sakit.takpun, dia akan apa2kan jgak la kiranya kucing tu. Tapi, malam tu, suatu ketidakadilan berlaku pada kucing tersebut. Terus hani bersungguh2 membela nasib kucing tu. Selamatkan dia dari dilukai, sekaligus menasihatkan saya yang terlopong menyaksikan betapa ada sesuatu yang perlu saya pelajari..ya..sikap IHSAN.IHSAn terhadap binatang. Bersungguh2 hani nasihatkan saya supaya jangan sakitkan kucing tu, ksian dia.dan kata2 len lagi yang membela nasib kucing tu. Bukan untuk membanggakan anak buah saya sendiri, tapi begitu kagum dengan kekuasaan Allah.. Betapa anak sekecil itu dikurniakan akal untuk bertindak, berihsan terhadap makhluk lain, berakhlak mulia sesama makhluk. Ya, anak kecil tu sudah mengajar saya sesuatu.

Itu pada suatu ketika. Pernah saya terbaca dalam satu buku silibus usrah 2010. Tentang akhlak seorag daie. Ihsan itu luas. Salah satu cabang ihsan ialah ihsan melayani kerenah manusia. Sabar dalam mendepani kerenah manusia sekeliling tak kiralah dalam urusan dakwah ataupun common routine, sudah dikira sebagai ihsan. Sejauh mana kita sabar apabila dihujani dengan fitnah, sekuat mana kita mempertahankan keimanan kita tatkala ditohmah, dicaci, diumpat oleh mereka yang tidak sealiran dengan kita.

Bunyinya terlalu mudah, kalau disusuni dengan ayat. Praktikalnya?Hanya diri kita sendiri mampu menjawab. Jika sesuatu itu disandarkan semata-mata untuk mendapat redha Allah dan akhiratlah sesuatu yang pasti kita kejar, insyaAllah, mudah2an kita thabat untuk mempertahankan iman, bersabar atas ujian fitnah dunia ni. Tak disangka2, ujian itu datang. Sebagai penguji barangkali. Di masa ini, saya diuji. Diuji untuk sejauh mana saya mampu bersifat ihsan itu setelah Allah dah tatapkan pada diri apa pengajaran sebelum ini.

Kuatkah kita tatkala pada suatu msa, nama kita diburuk2kan kepada masyarakat oleh individu yang bertindak atas dasar salah faham. Wajarkah salah faham itu diperpanjangkan semata2 untuk kesenangan dunia, sedangkan akhirat juga yang lebih penting untuk kita tuju? Ya Allah, terkadang sebagai insan yang lemah, saya buntu. Apa lagi yang lebih penting tatkala ini, adalah kepentingan teguhnya ummat ini. Tapi jika akarnya rapuh, belum tentu tunasnya kan berkembang menjadi pucuk. Itulah hakikat. realiti manusia kini.

Ya Allah, aku mohon diteguhkan hati, dikuatkan semangat. Sekalipun pengalaman persahabatan yang pahit suatu ketika dlu berulang lagi, bantulah hambaMu ini untuk bertahan. Bertahan biarkpun manusia itu terus2 mencaci, terus2 menyebarkan perkhabaran tentangku. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.Kumohon kasih sayangMu Ya Allah..

Thursday, April 22, 2010

17 April 1987

Sudah seminggu berlalu.Genap 23 tahun nafas ini dipinjamkan di dunia pinjaman Allah yang Agung. Betapa dalam usia yang sesingkat ini, entah bagaimana nilai amalanku. Bagaimana hasilnya jika ditolak tambah didarab dibahagi dengan dosa yang tak pernah lekang. Moga dalam hari- hari yang mendatang, kita semua diberi peluang untuk terus muhasabah. Moga kami digolongkan dalam golongan hamba yang selalu mensyukuri nikmatMu.

Perkongsian saya kali ini khas untuk berkongsi rasa tatkala usia sudah mencapai ulang tahunnya. Bersederhana, insyaAllah itu yang cuba saya lakukan. Jika dahulu, sejak kecil, hari lahir saya pasti disambut. tak kira macam manapun, sekurang-kuranya sebiji kek. Dulu, ma dan abah sanggup naik motor ke bandar semata- mata beli kek. Ataupun, ada abang yang akan belikan..(paksarela...). Kalau takpun, cikgu tolong raikan dengan kawan2 sekelas. Yang paling takleh lupa, kenangan masak kek hari jadi sendiri pada usia 18 tahun. Ingat lagi, kek coklat masa tuh.Hee..itulah kek yang pertama dan terakhir yang jadi..pastu dah pencen.Taktau la bila nak mula lagi..Life kat U, mula la dah pandai celebrate bersama kawan2 sendiri. Alhamdulillah, sedikit sebanyak kenangan itu masih ada dalam memori database.

Sehinggalah ulang tahun yang terbaru ni, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Terlalu banyak dosa saya, sedangkan terlalu sedikit saya bersyur..nauzubillah. Post kali , ni, saya share gambar hadiah bagi umur 23 tahun. tak bermakna saya saya hanya hargai sahabat2 yang bagi present je, bahkan saya amat menghargai atas doa2 dan ucapan2 kalian tak kiralah dalam diam atau nyata. Sekadar perkongsian, sedikit petikan kata2 ustaz syukri menerusi ceramah INDAHNYA PERSAHABATAN ( hadiah dari aini pada suatu masa dulu...tq), apabila seorang sahabat mendoakan sahabatnya yang lain sama ada diketahui atau tanpa diketahui sahabatnya itu, maka malaikat akan turut mendoakan ke atasnya seperti yang didoakan..Ameen.

Sahabat2 RKI : Mya, Ita, Mira, KAk Ema
Dan istimewa..Kak Su dan abe Se
Mashih...




Sahabatku : MYa Narra
Mashih myot...



Kotak yang Berat...
Kusangka tembikai..rupanya batubata yang bersalut kertas..
Papepun, cantik kotaknya....



Mashih ...
Kek yang sedap..





Special thanks to adik2 RKI :Ita & Humairak
Kesian, korang bersengkang mata wat bintang untuk akak..sob3..
Nanti kalo akak kaya nanti, akak bawak gi angkasa plak k.



Haa...lagi satu surprise
Mashih..sahabat2 Usrah
Thanks to the krew: Mya, Kak Lin, Khairiah and others
Uhibbukifillah..
Nway, hepi besday to Kak Banat too..we share @ we care




Papepun, terima kasih banyak2 buat ma dan abah sebab dah besarkan saya sampai macam sekarang ni. walaupun berat dah makin susut je, Alhamdulillah masih bertahan pada tahap kesihatan yang sederhana dan itu mudah2an masih tak melalaikan diri daripada mengingati Sang Pencipta..

Ingatlah juga bahawa pada tarikh ini juga Dr Abdul Aziz Ar- Rantisi, salah seorang pemimpin Hamas telah dibunuh. Mudah2an dalam kekalutan kita mengharungi kesibukan dunia kini, masih berbaki sisa perjuangan untuk berbakti kepada agama Allah. Sekali kita berbuat kebajikan kepada agamaNya, nescaya akan Allah gandakan balasanNya dalam kadar yang tidak disangka2..

Hananwirda
12.46 am
Taman Sri Pulai

Tuesday, April 20, 2010

Electrical Red – Islamic Wallpaper

Sunday, April 11, 2010

Di mana bumi di pijak, Di situ syariat dijunjung

Mengulang sebut frasa di atas seakan menggetarkan jiwa yang lemah ini.sejauh manakah syariay kita junjung selama ini? adakah kita umpama "melukut di tepi gantang?ada atau tiada sama saja,tidak memberi kesan mahupun manfaat pada sesiapa.nauzubillah..

Seketika pandangan saya begitu terpegun tatkala berkunjung ke beberapa buah sekolah agama sekitar johor dalam bulan mac yang lalu. Alhamdulillah, mereka sungguh bertuah kerana sejak remaja dah ada peluang jejakkan kaki ke dunia madrasah yang penuh islami. terpampang di papan2 kenyataan, banyak artikel yang mampu menjadi peringatan dan ruang muhasabah buat diri sendiri.Sedikit frasa ayat yang terkandung dalam Majalah Solusi ISU NO 17,

"Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. koreksi satu persatu kesalahan kita. setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri sendiri."

Begitulah bahawasanya diri kita sendiri pun kita kena dikasihankan.apatah lagi terhadap sesama saudara seagama kita, di mana suatu hari nanti di Yaumul Mahsyar, sekurang2nya timbangan kita memberat ke kanan didokong oleh sifat ehsannya kita sesama sendiri. InsyaAllah..

Teringat saya pada seorang sahabat yang pernah saya kenali kurang lebih 3 tahun dahulu. Seakan kurang percaya kami akan jadi sahabat sehingga kini. namun, lantaran kegawatan, kekalutan masa yang menghambat, kami semakin jarang berhubung. sesekali bertanya khabar, seakan seribu perkara mahu diluahkan.tp seperti biasa, kami akan kehilangan kata dek terharu diberi peluang untuk berbual wpun seketika.

Kini, sahabat saya menderita. sebolehnya, saya takmahu menyebut dengan kata derita, kerana itu hakikatnya ujian dari Allah. Luluh hati bila mendengarkan luahan hatinya,yang bukan mengeluh sebenarnya.tp masih bersemangat tatkala menghidapi sakit yang tidak tahu puncanya, yang masih tidak kenal penawarnya. menyalahkan manusia semata2 atas perkara yang berlaku bukanlah penyelesaian. lantas, doa yang kudus, harapan yang telus, saya panjatkan kepada Allah, Sang Pencipta yang Maha Pengasih,moga2 imannya diperteguh, amalnya ditingkatkan, sabarnya menebal. Diturunkan ujian itu berbeza2 atas kemampuannya. Dan apa yang pasti, Allah itu tidak zalim malah Maha Adil pada hambaNya kerana Dialah yang Mengetahui segalanya..Barokallahufik ya ukhti.

Kehidupan ini penuh dengan duri syahwat, duri maksiat, duri angan2 kosong, duri keraguan dan duri kejahilan. andai tak siapkan diri untuk melangkah penuh waspada, duri2 itu akan menembusi langkah kita. bersiap dengan kewaspadaan itulah ibaratnya taqwa.Riwayat yang sahih mengisahkan bahawa Umar al Khattab r.a. pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa. Ubai menjawab dengan analogi yang sungguh berkesan.

"Bukankah anda pernah melalui jalan yang berduri?". tanya Ubai kembali.
"Ya". Jawab Umar.
"Apa yang anda lakukan saat itu?"tanya Ubai lagi.
"Saya bersiap untuk berjalan hati2."
"Itulah taqwa." Simpul Ubai.

Jadi, marilah kita sama2 menghayati sifat taqwa dalam diri, moga kelemahan kita dapat ditampung oleh amal dan iman yang semakin efektif. InsyaAllah..

** Selami Gaya Hidup Sihat, Amalan dan Perawatan Pusat Komplimentari Insaniah

www.kuskom.net



Tuesday, March 30, 2010

Mukhaiyyam Khariji Wanita ISMA

Bismilillahirrahmanirrahim..

hurm..cam serius je kan bunyinya bila baca title kat atas.hee...sedikit titipan perkongsian sekitar program mukhaiyam khariji wanita ISMA zon selatan di Hutan Lipur Gunung Datuk, N9.

Program 2 hari ini mengambil tema "ukhwahfillah". Memang bersesuaian kerana mukhaiyam diadakan sekali setahun.jadi pertemuan antara peserta dari negeri johor,melaka dan n9 ini adalah titik peluang untuk berukhwah.

Imam HasanAl Banna berpesan,

Persaudaraan yang saya maksudkan ialah:

Hati - hati dan roh2 dihubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar).

Saudara yang jujur akan merasakan saudara2nya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud;" dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain". (at-taubah:71)..

Begitulah antara sedikit sebanyak point yang mjadi pokok pengisian program tu. teringat komen salah sorang pserta. kata beliau,ramai dari kita komen yang terasa ukhwah itu indah bila kita sandarkan pada iman dan takwa, walaupun baru berkenalan hanya seketika. tp, realiti dunia hari ini belum tentu akan terasa nikmat ukhwah itu. terasa seperti plastik atau penipuan semata- mata. secara teorinya, mungkin itu luahan dari seseorang yang pernah kecewa dalam menjalinkan ukhwah.

InsyaAllah,jika diniliai dan diambil pengajaran dari sudut positifnya, hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu membaca hati manusia yang lain. Setelah seikhlas hati kita cuba bersahabat, bertawakalllah kepadaAllah moga persahabatan ni ditelusi dengan sebenar iman dan takwa,bercita2 untukberada dalam kebersamaan dalam menegakkan agama Allah dan mencapai redhaNya.

Justeru, sama2lah kita memilih sahabat2 yang mampu mengingatkan tatkala kita alpa, mampu menemani dikala suka dan duka.Mampu mengukir sebuah memori ukhwah yang akan menjadi bukti bahawa kita pernah berukhwah di dunia, dan bertemu di syurga kembali kerana pernah berkasih sayang sesama mukmin.

mahabbah wa rahmah ila mardhotillah...insyaAllah

Hananwirda
Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM Skudai
2.03pm

Dia kekasih Allah


Malu rasanya menyatakan cinta

kepada dia kekasih Allah

kerana dia insan mulia

sedangkandiriku insan biasaA

kupujukjua hati dan jiwa

meluahkanrasa cinta membara

di dalam pujian ucapan selawat

tanda penghargaaan seorang umat

selagi upaya kuturuti ajarannya

apa terdaya kuamalkan sunnahnya

moga di dunia mendapat berkat

di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona

kerna budinya aku jatuh cinta

rindu kupadanya tiada terkata

nantikanlah aku di taman syurga

ya rasul kurindu padamu

ya rasul syafaatkan daku

sesungguhnya apa yang kudambakan

adalah cinta Allah yang Esa

kerana cinta kepada Rasulullah

bererti cinta kepada Allah..




Thursday, March 25, 2010

kembaraku..

Jejak silam..
Mengimbau sekitar masa kecil dahulu, seakan kurang percaya bahawa saya kini sudh di umur awal 20-an. masa berlalu tanpa disedari dan saya kini sudah berada diperingkat yang tak pernah difikirkan suatu masa dulu.

dulu..
ingatkan bila dah umur awal 23 ni, dah besar sangat, dah betul- betul seorang dewasa yang hebat.dah boleh punya aset yang blabla....tp tatkala usia sendiri menjangkau umur 23 (lagi sebulan), tak terasa pula diri ini sudah benar- benar dewasa. tak rasa yang diri sudah cukup matang, sudah mencapai tahap yang sepatutnya n etc.sekilas teringat kata- kata kakak ipar no 4. (kak ni), ye la, awak tu anak bongsu. orang len anak sulung, anak tengah. banyak tanggungjawab kena pk. pada keluarga, pada adik-adik, pada diri sendiri lagi. hurm..mungkin boleh dari satu sudut benarnya..secara teorinya, mungkin boleh diterima akal.

Secara praktikalnya, tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah ni sebenarnya perlu dijustifikasi secara telus oleh semua orang. saya juga punya tanggungjawab berat dari sudut perspektif yang berbeza.

Seusai pengajian di peringkat ijazah pertama dulu, saya sebenarnya masih belum yakin adakah diri mampu untuk berada di peringkat pengajian yang seterusnya seperti sekarang. merasakan diri belum cukup ilmunya, saya kuatkan semangat. kembara ilmu ini perlu diteruskan. kalu bukan saya, siapa lagi. kalu bukan sekarang, bila lagi. antara mampu dan tidak mampu, suatu yang subjektif.

YA Rabb Yang Maha Agung..kiranya layak bagiku mendamba ilmuMu, kurniakanlah kemudahan bagiku, kelapangan dadaku, petunjuk dan bimbingan dalam setiap tindakanku...Ameen

Bekerja dan belajar pada masa yang sama menuntut satu pengorbanan dan keseimbangan penilaian bagi akal dan emosi. tatkalan rimbunan kerja mengumpul pada satu- satu masa, subhanallah hati diuji dengan bisikan- bisikan yang melemahkan semangat, melonglaikan urat- urat saraf.

tapi, tanggungjawab untuk mencari ilmu itu lebih besar tuntutannya, apatah lagi dengan ilmu itu mudah2an kita dapat mencari rezeki yang berkat dan kehidupan yang dipandu dengan rahmat dan kasih sayang Allah..saya mengaku, kadang2 sebagai hamba saya tewas dengan dugaan seperti ini. namun, mudah2an Allah bagi kekuatan bagi kita semua. kerana itulah orang mukmin itu sangat bertuah. ada Allah sebagai Rabbul Izzati, ada Rasul sebagai ikutan, ada kitab yang membimbing, ada saudara seagama yang berpesan2 pada kebenaran.

Jika suatu masa dahulu, kembara ilmu mengisi perjalanan para ulama',para saintis islam terawal, mengapa tidak kita sambung perjuangan ni. Bak kata abang saya no 4 (abe se), kalau nak master semata2, nanti akan dapat jugak master tuh. tp kalau nak ilmu itu yang sebenarnya, nescaya kita kan dapat ilmu (roh) dan master(jasad) nya sekali.

Kembara ilmuku ...
hananwirda