LilgalSalsabila

SEBAIK PERKARA YANG SEDERHANA

Tuesday, March 30, 2010

Mukhaiyyam Khariji Wanita ISMA

Bismilillahirrahmanirrahim..

hurm..cam serius je kan bunyinya bila baca title kat atas.hee...sedikit titipan perkongsian sekitar program mukhaiyam khariji wanita ISMA zon selatan di Hutan Lipur Gunung Datuk, N9.

Program 2 hari ini mengambil tema "ukhwahfillah". Memang bersesuaian kerana mukhaiyam diadakan sekali setahun.jadi pertemuan antara peserta dari negeri johor,melaka dan n9 ini adalah titik peluang untuk berukhwah.

Imam HasanAl Banna berpesan,

Persaudaraan yang saya maksudkan ialah:

Hati - hati dan roh2 dihubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar).

Saudara yang jujur akan merasakan saudara2nya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud;" dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain". (at-taubah:71)..

Begitulah antara sedikit sebanyak point yang mjadi pokok pengisian program tu. teringat komen salah sorang pserta. kata beliau,ramai dari kita komen yang terasa ukhwah itu indah bila kita sandarkan pada iman dan takwa, walaupun baru berkenalan hanya seketika. tp, realiti dunia hari ini belum tentu akan terasa nikmat ukhwah itu. terasa seperti plastik atau penipuan semata- mata. secara teorinya, mungkin itu luahan dari seseorang yang pernah kecewa dalam menjalinkan ukhwah.

InsyaAllah,jika diniliai dan diambil pengajaran dari sudut positifnya, hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu membaca hati manusia yang lain. Setelah seikhlas hati kita cuba bersahabat, bertawakalllah kepadaAllah moga persahabatan ni ditelusi dengan sebenar iman dan takwa,bercita2 untukberada dalam kebersamaan dalam menegakkan agama Allah dan mencapai redhaNya.

Justeru, sama2lah kita memilih sahabat2 yang mampu mengingatkan tatkala kita alpa, mampu menemani dikala suka dan duka.Mampu mengukir sebuah memori ukhwah yang akan menjadi bukti bahawa kita pernah berukhwah di dunia, dan bertemu di syurga kembali kerana pernah berkasih sayang sesama mukmin.

mahabbah wa rahmah ila mardhotillah...insyaAllah

Hananwirda
Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM Skudai
2.03pm

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home