LilgalSalsabila

SEBAIK PERKARA YANG SEDERHANA

Tuesday, March 30, 2010

Mukhaiyyam Khariji Wanita ISMA

Bismilillahirrahmanirrahim..

hurm..cam serius je kan bunyinya bila baca title kat atas.hee...sedikit titipan perkongsian sekitar program mukhaiyam khariji wanita ISMA zon selatan di Hutan Lipur Gunung Datuk, N9.

Program 2 hari ini mengambil tema "ukhwahfillah". Memang bersesuaian kerana mukhaiyam diadakan sekali setahun.jadi pertemuan antara peserta dari negeri johor,melaka dan n9 ini adalah titik peluang untuk berukhwah.

Imam HasanAl Banna berpesan,

Persaudaraan yang saya maksudkan ialah:

Hati - hati dan roh2 dihubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga.persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar).

Saudara yang jujur akan merasakan saudara2nya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuatkan antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud;" dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain". (at-taubah:71)..

Begitulah antara sedikit sebanyak point yang mjadi pokok pengisian program tu. teringat komen salah sorang pserta. kata beliau,ramai dari kita komen yang terasa ukhwah itu indah bila kita sandarkan pada iman dan takwa, walaupun baru berkenalan hanya seketika. tp, realiti dunia hari ini belum tentu akan terasa nikmat ukhwah itu. terasa seperti plastik atau penipuan semata- mata. secara teorinya, mungkin itu luahan dari seseorang yang pernah kecewa dalam menjalinkan ukhwah.

InsyaAllah,jika diniliai dan diambil pengajaran dari sudut positifnya, hakikatnya kita sebagai manusia tidak mampu membaca hati manusia yang lain. Setelah seikhlas hati kita cuba bersahabat, bertawakalllah kepadaAllah moga persahabatan ni ditelusi dengan sebenar iman dan takwa,bercita2 untukberada dalam kebersamaan dalam menegakkan agama Allah dan mencapai redhaNya.

Justeru, sama2lah kita memilih sahabat2 yang mampu mengingatkan tatkala kita alpa, mampu menemani dikala suka dan duka.Mampu mengukir sebuah memori ukhwah yang akan menjadi bukti bahawa kita pernah berukhwah di dunia, dan bertemu di syurga kembali kerana pernah berkasih sayang sesama mukmin.

mahabbah wa rahmah ila mardhotillah...insyaAllah

Hananwirda
Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM Skudai
2.03pm

Dia kekasih Allah


Malu rasanya menyatakan cinta

kepada dia kekasih Allah

kerana dia insan mulia

sedangkandiriku insan biasaA

kupujukjua hati dan jiwa

meluahkanrasa cinta membara

di dalam pujian ucapan selawat

tanda penghargaaan seorang umat

selagi upaya kuturuti ajarannya

apa terdaya kuamalkan sunnahnya

moga di dunia mendapat berkat

di akhirat sana beroleh syafaat

kerana peribadinya aku terpesona

kerna budinya aku jatuh cinta

rindu kupadanya tiada terkata

nantikanlah aku di taman syurga

ya rasul kurindu padamu

ya rasul syafaatkan daku

sesungguhnya apa yang kudambakan

adalah cinta Allah yang Esa

kerana cinta kepada Rasulullah

bererti cinta kepada Allah..




Thursday, March 25, 2010

kembaraku..

Jejak silam..
Mengimbau sekitar masa kecil dahulu, seakan kurang percaya bahawa saya kini sudh di umur awal 20-an. masa berlalu tanpa disedari dan saya kini sudah berada diperingkat yang tak pernah difikirkan suatu masa dulu.

dulu..
ingatkan bila dah umur awal 23 ni, dah besar sangat, dah betul- betul seorang dewasa yang hebat.dah boleh punya aset yang blabla....tp tatkala usia sendiri menjangkau umur 23 (lagi sebulan), tak terasa pula diri ini sudah benar- benar dewasa. tak rasa yang diri sudah cukup matang, sudah mencapai tahap yang sepatutnya n etc.sekilas teringat kata- kata kakak ipar no 4. (kak ni), ye la, awak tu anak bongsu. orang len anak sulung, anak tengah. banyak tanggungjawab kena pk. pada keluarga, pada adik-adik, pada diri sendiri lagi. hurm..mungkin boleh dari satu sudut benarnya..secara teorinya, mungkin boleh diterima akal.

Secara praktikalnya, tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah ni sebenarnya perlu dijustifikasi secara telus oleh semua orang. saya juga punya tanggungjawab berat dari sudut perspektif yang berbeza.

Seusai pengajian di peringkat ijazah pertama dulu, saya sebenarnya masih belum yakin adakah diri mampu untuk berada di peringkat pengajian yang seterusnya seperti sekarang. merasakan diri belum cukup ilmunya, saya kuatkan semangat. kembara ilmu ini perlu diteruskan. kalu bukan saya, siapa lagi. kalu bukan sekarang, bila lagi. antara mampu dan tidak mampu, suatu yang subjektif.

YA Rabb Yang Maha Agung..kiranya layak bagiku mendamba ilmuMu, kurniakanlah kemudahan bagiku, kelapangan dadaku, petunjuk dan bimbingan dalam setiap tindakanku...Ameen

Bekerja dan belajar pada masa yang sama menuntut satu pengorbanan dan keseimbangan penilaian bagi akal dan emosi. tatkalan rimbunan kerja mengumpul pada satu- satu masa, subhanallah hati diuji dengan bisikan- bisikan yang melemahkan semangat, melonglaikan urat- urat saraf.

tapi, tanggungjawab untuk mencari ilmu itu lebih besar tuntutannya, apatah lagi dengan ilmu itu mudah2an kita dapat mencari rezeki yang berkat dan kehidupan yang dipandu dengan rahmat dan kasih sayang Allah..saya mengaku, kadang2 sebagai hamba saya tewas dengan dugaan seperti ini. namun, mudah2an Allah bagi kekuatan bagi kita semua. kerana itulah orang mukmin itu sangat bertuah. ada Allah sebagai Rabbul Izzati, ada Rasul sebagai ikutan, ada kitab yang membimbing, ada saudara seagama yang berpesan2 pada kebenaran.

Jika suatu masa dahulu, kembara ilmu mengisi perjalanan para ulama',para saintis islam terawal, mengapa tidak kita sambung perjuangan ni. Bak kata abang saya no 4 (abe se), kalau nak master semata2, nanti akan dapat jugak master tuh. tp kalau nak ilmu itu yang sebenarnya, nescaya kita kan dapat ilmu (roh) dan master(jasad) nya sekali.

Kembara ilmuku ...
hananwirda

Diari sufi


salam 'alaik..

setelah sekian lama blog ini bersawang, alhamdulillah masih ada peluang untuk bersihkannya hari ini ..hee

dairi sufi..menyelusuri seketika novel yang amat saya kagumi.walaupun tak habis baca lg..seakan saya memahami selok-beok isi hati si penulis. waa..membayangkan suatu hari nanti ada novel terbaru yang penulisnya tidak lain tidak bukan..siti....hurm..itulah salah satu impianku yang masih belum terlihat pucuk atau bayangnya..mudah2an ada rezeki suatu hari ananti.

terdetik hati saya tadi tatkala membaca cebisan luahan hati di blog kakak ipar yang bongsu.u'r gud in writing sis. sehinggakan tanpa disedari terbit butir- butir jernih di bening mata. membayangkan kehidupan anak-anak kecil yang kehilangan papa mereka dalam keadaan belum sempat memohon maaf, apalagi mengajarnya untuk mengucap di saat nafas di hujung nyawa. alhamdulillah, saya masih ada abah, ada ma. ada adik- beradik, kakak ipar dan 18 anak buah yang sudah cukup membuatkan saya bertuah. begitulah takdir yang telah Allah tetapkan bagi setiap hambanya. diturunkan ujian berkadaran dengan keupayaannya. semoga Allah mengurniakan ketbahan dan petunjuk bagi hambaNya yang duji.

ingatan bersama..
diturunkan ujian oleh Allah buat hambaNya bukan untuk dizalimi, tapi hakikatnya untuk menghapuskan dosa dan menaikkan darjat hambaNya itu di sisi yang Maha Esa. Betapa agung kasih sayang Allah. di saat amal menipis, di kala dosa menebal, iman sudah di peringkat infiniti sehinggakan sekira dicampurtolak secara matematiknya, dosa dan amal, sudah mencapai tahap negatif bagi hasilnya. mujurlaah ujian itu datang, menjadi agen pembersih yang abstrak, hanya bagi hamba yang benar- benar mengerti.


Tinta sufi
hananwirda